KUALA LUMPUR, 4 Julai – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini merasmikan MyKurier yang akan membolehkan rakyat untuk memberi penilaian kepada perkhidmatan kurier.
Fahmi dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, MyKurier akan menjadi platform untuk orang ramai memberi penilaian (star-rating) kepada perkhidmatan kurier dengan menilai kualiti perkhidmatan mereka.
“Banyak syarikat yang menyediakan servis kurier, namun rakyat masih mengadu tentang kualiti perkhidmatan syarikat kurier.
Untuk memudahkan rakyat Malaysia memilih perkhidmatan kurier terbaik, hari ini saya telah melancarkan MyKurier sempena Hari Apresiasi Industri Kurier.
“Inisiatif ini akan menggalakkan semua pemain industri memberi perkhidmatan terbaik melalui persaingan yang sihat,” katanya sempena Hari Apresiasi Industri Kurier.
Beliau berkata, sektor ini juga telah memberi peluang pekerjaan kepada lebih 160,000 rakyat Malaysia, namun semua syarikat kurier menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja. – nasionalkini.my