in ,

COVID-19: Melaka keluar amaran lonjakan kes harian

Untitled design 2

AYER KEROH, 22 April – Kerajaan Melaka telah mengeluarkan amaran kesihatan berikutan lonjakan kes COVID-19 di negeri itu.

Satu kematian telah direkodkan minggu ini dan masih terdapat empat kluster aktif, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem.

“Kes penularan baharu itu meningkat sebanyak 0.9 peratus berbanding 547 kes dalam tempoh yang sama minggu lalu.

covid melonjak
Sehingga Mac lalu, sebanyak 1,205 kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di Melaka.

“Kes positif COVID-19 tahun ini mencecah 147,156 kes dan berdasarkan peta purata bergerak tujuh hari, 79 kes jangkitan direkodkan dalam seminggu manakala kadar pemulihan dalam kalangan pesakit mencatatkan 144,188 kes atau 98.7 peratus  daripada jumlah kes yang dilaporkan tahun ini,” katanya.

Hee Sem pada masa sama memaklumkan, namun sehingga kini tiada pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurutnya meskipun negara berada dalam Fasa Peralihan COVID-19 tetapi penularan jangkitan wabak itu masih dilaporkan berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Justeru itu usaha mengawal penularan dengan mengamalkan 3W, pemakaian pelitup muka terutamanya dikawasan sesak perlu diamalkan sebagai langkah pencegahan.

melaka
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, aatu kematian telah  direkodkan minggu ini dan masih terdapat empat kluster pendidikan yang aktif.

“Selain itu, sekiranya ujian COVID-19 didapati positif, individu perlu melaporkan keputusan dan asingkan diri.

“Saya juga meminta orang ramai agar menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam musim perayaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri akan terus memantau keadaan dan melaksanakan langkah pencegahan bagi mengekang penularan COVID-19.

Masyarakat juga digalakkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri ini, khususnya ketika mengadakan kunjungan.

Selain memakai pelitup muka sebagai langkah awal mengekang penularan COVID-19. – nasionalkini.my

mb trg

Perbezaan politik tidak halang Terengganu realisasikan Rumah Terbuka Malaysia Madani

taliban

Taliban larang wanita sertai sambutan Aidilfitri