in ,

Perbezaan politik tidak halang Terengganu realisasikan Rumah Terbuka Malaysia Madani

mb trg

KUALA LUMPUR 22 April – Perbezaan parti politik tidak menjadi halangan kepada kerajaan Terengganu merealisasikan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani di negeri tersebut.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan Jemaah Menteri.

Malah pihaknya bersedia menghulurkan bantuan bagi menjayakan Rumah Terbuka Malaysia Madani di negeri itu pada 13 Mei depan. 

trg 1
Terengganu bersedia menghulurkan bantuan bagi menjayakan Rumah Terbuka Malaysia Madani di negeri itu pada 13 Mei depan. Foto Facebook Amazing Terengganu

“Walau apa pun objektif  yang ingin dicapai oleh pihak kerajaan tetapi bagi pihak kerajaan negeri, kami sangat terbuka dan mengalu-alukan kedatangan rombongan Perdana Menteri dan semua anggota Kabinet untuk berhari raya di Terengganu.

“Kita cuba buktikan bahawa kita di Terengganu walapun berbeza parti politik yang memerintah di negeri dan Persekutuan tetapi kita sesekali tidak menganggap ia sebagai satu halangan untuk bekerjasama.

Beliau menjelaskan selain Terengganu terdapat lima lagi lokasi penganjuran berkenaan namun  yang diwar-warkan hanya tiga negeri sahaja.

Sebelum ini, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan Anwar tidak akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri yang lazimnya diadakan pada 1 Syawal di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Sebaliknya, bagi sambutan bagi 2023, majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, majlis serupa akan dihadiri Perdana Menteri yang dianjurkan masing-masing oleh kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 04 22 at 3.44.36 PM

3,000 jemaah masjid di Jerantut solat sunat Aidilfitri 2 kali kerana kekhilafan imam lupa bertakbir

Untitled design 2

COVID-19: Melaka keluar amaran lonjakan kes harian