in

Bubur lambuk ‘air tangan’ Raja Permaisuri Agong jadi rebutan

160423 phg rpabuburlambuk 2 edited scaled
RAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat bercemar duli memasak bubur lambuk di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK 1) di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN 15 April – Bertuah warga Kuantan apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sanggup menyinsing lengan menyiapkan dua kawah iaitu kira-kira 2,500 pek bubur lambuk untuk diedarkan di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini hari ini. 

Tunku Azizah yang dibantu kira-kira 50 orang dari Persatuan Pandu Puteri Pahang dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) turut berkongsi resepi istimewa iaitu menggunakan isi ikan tenggiri bakar, udang dan ayam selain sayur-sayuran kampung yang menjadikan juadah berbuka puasa itu cukup istimewa. 

Sepanjang memasak, baginda tidak jemu berkongsi pelbagi tips masakan kepada petugas yang terlibat.

160423 phg buburlambuk6
RAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan sendiri bubur lambuk kepada para pengunjung.

Apa yang mengujakan para pengunjung di padang MBK itu apabila Tunku Azizah sendiri yang menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai.

Meskipun ia merupakan acara tradisi baginda setiap kali Ramadan, penduduk sekitar Kuantan cukup terpesona dengan keperibadian baginda.

Selain dapat menatap wajah baginda, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Tunku Azizah. 

Menurut seorang pengunjung, Rafidah Hamzah, 50, dia cukup teruja apabila mengetahui bahawa Raja Permaisuri Agong akan memasak pada program petang ini kerana tidak semua orang boleh merasa masakan di istana.

“Biarpun terpaksa berpanas menunggu ekoran cuaca ketika ini, saya sanggup dan paling bertuah apabila baginda cukup mesra dan sudi bergambar bersama saya dan keluarga.

“Kenangan hari ini antara yang terindah dalam hidup saya dan saya sudah menjangkakan bubur lambuk baginda cukup sedap dan tidak pernah saya rasa sesedap ini sebelum ini,” katanya.

160423 phg buburlambuk5 1
RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan menyampaikan sendiri bubur lambuk kepada para pengunjung.

Sementara itu, pada program tersebut, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong dan Pemangku Raja Pahang, Tengku MahkotaTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berbuka puasa bersama rakyat jelata di padang MBK 1 itu. – Nasional Kini

Untitled design 1

‘Gelombang hijau’ di Melaka tetap bersemangat, tak pernah padam

341653994 149114754784346 3797197102624549564 n

Agong, Permaisuri berbuka di Padang MBK1 bersama rakyat