in

Agong, Permaisuri berbuka di Padang MBK1 bersama rakyat

341653994 149114754784346 3797197102624549564 n
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bersama berbuka puasa bersama rakyat Pahang, di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK 1) semalam

Kuantan, 16 April – Menjadi rutin setiap tahun bagi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bersama keluarga setiap tahun untuk berbuka puasa bersama rakyat Pahang, di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK 1), semalam.

Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah pada jam 6 petang.

Ketibaan baginda itu disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri an Rosdy Wan Ismail bersama paduka-paduka anakanda, pegawai-pegawai kanan kerajaan, kerabat bergelar serta barisan kepimpinan negeri.

Baginda juga turut bersalaman dan meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga serta pengunjung dan turut membeli juadah makanan di bazar tersebut.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 50 orang kanak-kanak lelaki dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah dan 50 orang kanak-kanak perempuan dari Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom, Penor.

Manakala, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah berkenan mengagihkan 2,000 bekas bubur lambuk kepada pengunjung yang berbuka di padang berkenaan.

Baginda dan Permaisuri serta keluarga kemudiannya berbuka puasa di padang tersebut di samping meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat yang teruja dan seronok dapat bersalaman dan merakamkan gambar kenangan bersama baginda berdua. – nasionalkini

160423 phg rpabuburlambuk 2 edited scaled

Bubur lambuk ‘air tangan’ Raja Permaisuri Agong jadi rebutan

63845 wisata bali

Indonesia timbang perkenal cukai pelancongan di Bali