in ,

Berita kanak-kanak kena strok haba di Rompin tidak benar

271855815 5111282768890890 3615066955232666237 n

KUANTAN, 4 Mei – Berita tular mengenai seorang kanak-kanak disyaki mengalami strok haba di Rompin hari ini adalah tidak benar.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun tersebut telah didiagnos dengan Meningoencephalitis iaitu jangkitan pada otak.

“Adalah dimaklumkan bahawa hasil siasatan mendapati pada 3 Mei 2023 jam 11.45 malam, satu kes telah dirujuk dari Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan ( HTAA) melalui Mercy Flight TUDM dengan diagnosis Meningitis iaitu jangkitan kuman di otak.

“Kes tersebut merupakan kanak- kanak berumur 8 tahun dari Pulau Tioman yang mendapatkan rawatan dengan simptom sawan setelah mengalami demam, muntah dan keletihan selama dua hari sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Wad Kanak- Kanak HTAA bagi rawatan lanjut.

Menurut beliau, suhu harian bagi negeri Pahang masih lagi terkawal di mana merujuk kepada Jabatan Meteorologi Malaysia, suhu harian bagi negeri ini adalah kurang dari 35°C.

“Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan berlaku kesan kesihatan berikutan cuaca panas.

“Orang ramai boleh memantau status gelombang haba di negeri dan daerah masing-masing melalui laman sesawang MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya. – nasionalkini.my

MHS2017 08 04 wm throwback ridzuan hashim 1 Copy

Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia

WhatsApp Image 2023 05 04 at 15.04.36

Arab Saudi tunjuk minat laksana APEL.A, APEL.C