in ,

Bas terbakar ketika pemandu berhenti makan

IMG 1234

SEGAMAT 23 Sept. –  Dek kerana terhidu bau asap, pemandu bas henti henti terselamat, lapor Buletin TV3.

Ekoran tindakan pantas pemandu bas dikenali, Omar 65, berjaya menyelamatkan nyawanya dalam kebakaran yang memusnahkan kenderaan itu, tengahari tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, dia dalam perjalanan ke pusat bandar setelah menurunkan 10 penumpang di Terminal Bas Segamat.

Katanya, sebaik tiba berhampiran Jalan Mentol menghidu bau getah hangit serta asap tebal menyelubungi dalam bas berkabus tebal.

“Saya bernasib baik tidak mengalami selesma serta dapat menghidu hangit getah kebakaran serta-merta memberhentikan bas dan turun untuk meninjau di bahagian belakang sebelum terkejut melihat api marak.

“Saya kemudian bergegas keluar,” katanya ditemui di sini hari ini.

Katanya, dia juga tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengawal api kerana ia merebak terlalu cepat sehingga memusnahkan keseluruhan bas berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abd Razak mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pemeriksaan selepas kejadian mendapati bas berkenaan disahkan terbakar 70 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal dalam masa kira-kira setengah jam dan insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhd Hazim berkata pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran berkenaan pada jam 11.30 pagi.

Katanya, seramai 6 anggota dari BBP Segamat dibantu sebuah jentera `fire rescue tender’ (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatanmanakala operasi terbabit tamat sepenuhnya pada jam 12.25 tengahari,” katanya. -nasionalkini.my

240923 jambatanGuai2

Agong rasmi Jambatan Guai, Bera, Pahang

Agong luang masa lawat Sang Riang