in ,

Baby Shima mahu sertai PRN sebagai calon bebas

baby shima
Baby Shima, mengakui serius untuk terlibat dalam dunia politk dan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan sebagai calon bebas

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Penyanyi jelita, Baby Shima membuat pengumuman akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan sebagai calon bebas.

Bagaimanapun penyanyi dangdut yang berusia 30 tahun itu enggan mendedahkan kawasan yang akan ditandingi dan menyatakan hasrat untuk terlibat dalam dunia politik adalah semata-mata mahu membela nasib rakyat.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya.

Malah pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli menjelaskan dirinya serius untuk terliabt dalam dunia penuh cabaran itu dan bertanding sebagai calon Bebas.

“Saya memang serius mahu bertanding. Kawasan mana, saya akan umumkan nanti.

“Bagi saya, dengan sokongan yang diberikan, golongan artis sebenarnya boleh mewakili rakyat terutamanya dalam menyuarakan hasrat anak-anak muda.

“Saya cuma mahukan yang terbaik untuk rakyat. Kalah atau menang itu soal nombor dua. Tidak salah untuk mencuba perkara baik. Doakan saya ya,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Perkongsian terbabit yang dimuat naik kira-kira 5 petang tadi sehingga kini mendapat lebih 12,000 tanda suka daripada pengikutnya. – nasionalkini.my

553

Kekecohan di KLIA: Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

rohingya 1

Myanmar perlu beri jaminan kepada minoriti Rohingya supaya kembali dengan selamat