in

Kekecohan di KLIA: Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

553
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dengan tindakan tambahan yang diminta dan akan dirujuk Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Kertas siasatan berhubung kes kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hujung bulan lalu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara, minggu ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam minggu ini.

“siasatan akan dijalankan  mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu tidak memberi kerjasama kepada penjawat awam,” katanya.

HUSSEIN OMAR KHAN re 1
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan

Sebelum ini media  melaporkan berita tular di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mengaku dirinya adalah yang dimaksudkan bagaimanapun menafikan dakwaan cuba melepaskan pelawat berkenaan.

Sebelum ini, seramai 22 orang saksi dirakam keterangan berkaitan insiden kekecohan berkenaan.

Daripada 22 saksi tersebut, empat orang adalah pengadu, manakala yang lain adalah 12 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pegawai Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebanyak empat orang serta dua pekerja syarikat agensi pelancongan. – nasionalkini.my

pekan

MPV hilang kawalan, tiga maut di Pekan

baby shima

Baby Shima mahu sertai PRN sebagai calon bebas