in

Aplikasi MAE dan laman web Maybank alami gangguan

Maybank

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya di aplikasi MAE dan platform web sedang mengalami gangguan.

Maybank dalam satu kenyataan di Twitter memohon maaf kepada semua pengguna dan berkata, ia sedang berusaha menyelesai dan memulihkan perkhidmatannya yang terjejas.

“Kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan ini.

“Kami menghargai sikap timbang rasa dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus memaklumkan kepada mereka secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U,” katanya seperti dilaporkan Awani hari ini

Untuk bantuan dan kemas kini lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi dengan bank melalui platform media sosialnya. – nasionalkini.my

mahkamah 1

Pereka grafik didakwa bunuh teman wanita

HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH 1689319846

Polis semak rakaman CCTV berhubung kematian kanak-kanak di HTAR