in

Pereka grafik didakwa bunuh teman wanita

mahkamah 1
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Seorang pereka grafik didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kematian teman wanita di sebuah kondominium, dua minggu lalu.

Menurut laporan Berita Harian, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sean Edward Kenneth Quinn, 30, sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nurul Izzah Shaharuddin.

Ia berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Sean Edward yang juga berdarah kacukan Kanada melakukan kesalahan menyebabkan kematian Nurin Najmina Mohd Redzuan, 24, di sebuah kondominium di Jalan Damansara, Bukit Kiara, jam 3 pagi, 12 Julai lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Majistret kemudian menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, berlaku pergaduhan antara tertuduh dan mangsa sebelum insiden kematian berkenaan. – nasionalkini.my

mayatbodak 1690268689

Ibu didakwa bunuh anak sendiri

Maybank

Aplikasi MAE dan laman web Maybank alami gangguan