in

Polis semak rakaman CCTV berhubung kematian kanak-kanak di HTAR

HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH 1689319846

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Polis sedang mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi tujuan penelitian lanjut berhubung seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini siasatan dijalankan melibatkan pelbagai aspek termasuk semakan CCTV dan rakaman percakapan pelbagai individu.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian turut disemak bagi tujuan penelitian lanjut.

“Selain itu, seramai 19 individu turut dirakam keterangan melibatkan doktor, ibu bapa, jiran dan pihak sekolah mangsa serta saksi polis yang berada di pondok HTAR,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, polis kini sedang menunggu laporan penuh forensik mengenai kematian mangsa.

Pada 14 Julai lalu, HTAR menerusi kenyataan menyatakan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital itu. – nasionalkini.my

Maybank

Aplikasi MAE dan laman web Maybank alami gangguan

2278914

Suami isteri ditahan bersama heroin 10.71 kilogram