in ,

Amah tidak dibayar gaji 15 bulan

Hermono (tengah) melawat mangsa yang sedang dirawat di sebuah hospital di ibu negara - Gambar oleh Kompas.com

PETALING JAYA, 5 Mei – Pembantu rumah warga Indonesia yang diselamatkan polis baru-baru ini langsung tidak dibayar gaji sejak mula bekerja dengan majikannya, 15 bulan lalu, kata Duta Besar Indonesia Hermono.

“Pemeriksaan mendapati, selain tidak dibayar gaji, wanita itu juga dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi prosedur.

“Rekod menunjukkan dia memasuki Malaysia pada Februari tahun lalu ketika sempadan kedua-dua negara ditutup akibat pandemik Covid-19. Kami mengendalikan banyak kes pembantu rumah memasuki Malaysia ketika tempoh itu menggunakan MyTravelPass,” katanya kepada FMT.

Hermono berkata kes itu sekali lagi mendapat perhatian saluran media utama di Jakarta selain tular di media sosial, mencetuskan kemarahan warganet di situ terhadap majikan serta pihak berkuasa Malaysia.

“Kami mahu memastikan mangsa menerima pampasan sewajarnya dan penderanya diadili,” katanya.

“Kedutaan akan memantau rapat proses pengambilan pekerja selepas ini.”

Pada 23 April lalu, polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan penderaan pembantu rumah mereka berusia 39 tahun di kediaman mereka di Jalan Hujan Emas 3, Kuala Lumpur. Pasangan itu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas tuduhan memperdagangkan mangsa.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk kesan lecuran pada seluruh badannya selain lebam pada muka dan mata.

Mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan kini di pusat perlindungan kedutaan Indonesia di ibu negara. – nasionalkini.my

20230505 080258

Skuad hoki dalam dewan hampir pasti dapat pingat emas

20230505 095811

Penantian 33 tahun Napoli berakhir