in

Aidilfitri disambut Sabtu, 22 April

raya
Syed Danial Syed Ahmad

KUALA LUMPUR 20 April – Selari jangkaan awal, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 22 April 2023.

Pengumuman berkenaan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada Sabtu, 22 April 2023,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri yang disiarkan menerusi siaran televisyen dan radio tempatan.

Terdahulu, sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal, yang terletak di seluruh negeri di Semenanjung, serta Sabah dan Sarawak.

Tarikh yang diumumkan itu selari dengan jangkaan asal, sekali gus membuatkan keadaan persiapan Aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia berada dalam keadaan lebih tenang berbanding tahun lalu.

Tahun lalu, pengumuman tarikh Aidilfitri yang jatuh sehari lebih awal atau ‘raya terkejut’ pada sekali gus membuatkan ramai rakyat Malaysia berkongsi pengalaman terpaksa melalui persiapan pada saat-saat akhir.

Bagaimanapun pengumuman dibuat malam ini menamatkan segala teka-teki umat Islam di negara ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan, baru-baru ini, memaklumkan Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 04 19 at 5.37.30 PM

Datuk Sabriah rai agensi kerajaan dalam majlis berbuka

zaliha

Aidilfitri: Tiada SOP khas COVID-19