Bera, 20 Apri – Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan meraikan pegawai beberapa agensi kerajaan dalam satu majlis berbuka puasa di D Tebing Bidara, Kampung Tok Langit di sini baru-baru ini.
Datuk Sabariah berkata, program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan di bawah portfolio Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang.
“Saya berasa terharu dan gembira atas kedatangan para jemputan ke majlis berbuka puasa di DUN Guai. Walaupun ada yang jauh seperti dari Kuantan namun tetap sudi hadir.
“Saya berharap agar juadah yang disediakan dapat menambat hati dan mengembirakan para hadirin dan hadirat yang hadir. Semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang memeriahkan majlis,” katanya. – nasionalkini.my