in

Aidilfitri: Tiada SOP khas COVID-19

zaliha
Langkah pencegahan yang dilaksana kini diyakini sudah mencukupi menangani penularan COVID-19.

KULAI 20 April – Tiada sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas dilaksanakan kerajaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, walaupun berlaku peningkatan baharu kes COVID19, buat masa ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menegaskan, langkah pencegahan yang dilaksana sehingga kini diyakini sudah mencukupi dalam menangani penularan wabak ketika ini.

“Memang jumlah kes COVID-19 sedang meningkat, tetapi keadaan masih dalam keadaan terkawal.

zaliha 2
Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, walaupun berlaku peningkatan baharu kes COVID19. Foto: thestar.com

“ Ini kerana penularan baharu melibatkan sub varian Omicron, jadi rakyat tidak perlu berasa panik kerana walaupun berlaku peningkatan.

Situasinya masih terkawal  walaupun mudah untuk berjangkit tetapi tahap teruk bagi kes-kes itu adalah sangat rendah, jadi tidak perlu berasa bimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Lawatan dan Sumbangan Aidilfitri di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini, hari ini.

Sehingga 15 April 2023, sebanyak 5,149 kes COVID-19 baharu direkodkan dengan jumlah kumulatif kes yang dikesan sejak penularannya di negara ini telah melebihi 5 juta kes.

Zaliha pada masa sama tetap menggalakkan masyarakat untuk mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri ini, khususnya ketika mengadakan kunjungan.

“Pada musim perayaan ini, pastinya akan ada kunjung-mengunjung, dan makan-makan, jadi kita minta masyarakat awam peka. Sekiranya mereka berasa kurang sihat, lakukan ujian saringan sekiranya perlu.

“Jika disahkan dijangkiti, ambil langkah pencegahan dengan menjaga jarak dan pergaulan, selain a langkah pencegahan lain seperti memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan menjaga kebersihan,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau menjelaskan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyenarai pendek beberapa calon bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Pengarah Kesihatan setelah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bersara wajib esok. – nasionalkini.my

raya

Aidilfitri disambut Sabtu, 22 April

sudan GPM

Pergolakan Sudan : GPM gesa gencatan senjata dan penyelesaian secara damai