in

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah untuk Nusaybah

FB IMG 1683862610919
Gambar ihsan Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Nusaybah Maszlee atas kejayaan menjadi pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama memenangi enam Anugerah Siswa Cemerlang di Universiti Georgetown, Qatar, baru-baru ini.

Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

Ianya juga membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Malaysia, dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.

“Semoga kecemerlangan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik bagi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing,” titah baginda seperti dikongsi melalui hantaran di laman sosial Facebook rasmi Istana Negara.

Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nusaybah dan mendoakan agar terus dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan.

Selain memperolehi CGPA 4.0, Nusaybah telah berjaya memenangi anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah Pingat Dekan, Thesis terbaik cemerlang dan juga anugerah pelajar paling cemerlang di dalam pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa. – nasionalkini.my

IMG 20230512 WA0003

Stor komputer sekolah terbakar

IMG 20230512 WA0009

KPDN Melaka rampas barang tiruan di empat lokasi tumpuan pelancong