KUALA LUMPUR, 12 Mei – Stor komputer sebuah sekolah di Taman Yarl, ibu negara musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 60 peratus ruang stor berkenaan yang berkeluasan 20 x 20 kaki persegi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Azhar Abd Rahman berkara, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.26 pagi sebelum bergerak ke lokasi kejadian.
“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling dan Seputeh segera dikejarkan ke lokasi.
“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 7.42 pagi.” ujarnya.
Menurut Azhar, kebakaran tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – nasionalkini.my