in

Chef Malaysia menang pingat emas pertandingan masakan antarabangsa

IMG 20230302 WA0046
Chef Zaki (kiri), Chef Adeeb dan Chef Faredh bersama masakan mereka yang memenang pingat emas dalam pertandingan Malaysia Culinary World Cup 2023 bagi kategori Malaysia Home Cuisine Set of 5 (cabaran berpasukan) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) , baru-baru ini. Foto: NasionalKini

Oleh: Aqeelah Amzar

Persembahan sajian Cucur Udang Kuah Kacang, Sup Tulang Berempah,  Nasi Serai Bunga Telang, Ikan Talapia Goreng Berlada dan Petai, Masak Lemak Sayur Nangka Muda dengan  Perut serta  kuih Bongkok telah melakar sejarah buat  tiga chef daripada Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak (PRPTAR) Melaka.

Mereka adalah Chef Adeeb Ahmad, Chef Mohd Zaki Mohd Ali dan Chef Mohd Faredh Hazry Shamsudin yang telah dinobatkan sebagai pemenang pingat emas   dalam pertandingan Malaysia Culinary World Cup 2023 bagi kategori Malaysia Home Cuisine Set of 5 (cabaran berpasukan)  yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) pada Februari lalu.

IMG 20230302 WA0047
Chef Zaki dan Chef Faredh sedang menyiapkan masakan dalam pertandingan Malaysia Culinary World Cup 2023 bagi kategori Malaysia Home Cuisine Set of 5 (cabaran berpasukan)  yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC)

Lebih manis lagi apabila penyertaan buat pertama kali Nurlisa Aryani Mohd Sabri yang  merupakan pelanggan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang sedang menjalani program rehabilitasi di PRPTAR turut meraih  pingat gangsa. 

Nurlisa memenangi  kategori  Modern Main Course- Lamb. Menu yang dipersembahkan Nurlisa –Roasted Lamb Rack dan  Pitachio Herb Crust dihidangkan dengan  rosmary souce, pumpkin puree  and selected vegetables yang unik dan menarik.

IMG 20230302 WA0043 1
Nurlisa Aryani Mohd Sabri meraih  pingat gangsa .

Malaysia Bersatu Culinary Association yang menganjurkan Pertandingan Malaysia Culinary World Cup 2023  bukan sahaja mendapat sambutan peserta tempatan tetapi  juga penyertaan dari luar negara seperti Turkiye, China, Taiwan, India, Pakistan, Indonesia, Brunei, Arab Saudi, Iitali,  Vietnam, Sweden dan beberapa buah negara lain lagi. 

Sebanyak 65 kategori dipertandingkan dan 730 peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada  chef hotel, restoran, pelajar kulinari dari universiti awam dan swasta dalam dan luar negara. – NasionalKini 

IMG 20230302 WA0046
Masakan mereka yang memenang pingat  emas dalam pertandingan Malaysia Culinary World Cup 2023 bagi kategori Malaysia Home Cuisine Set of 5 di PWTC

noh omar bernama

UMNO semakin lemah bukan lagi payung lindungi perjuangan orang Melayu

WhatsApp Image 2023 04 17 at 7.02.27 AM

Kastam tumpas 33 kes penyeludupan bernilai RM2.41 juta