in

50 peratus institusi pendidikan di Pahang dijangka diiktiraf institut hijau – Tengku Hassanal

353796717 817236203093553 3468646669042009462 n
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Program Eco-Schools Pahang Darul Makmur di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah di sini hari ini.

KUANTAN, 13 Jun – Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada institusi pendidikan di Negeri Pahang dijangka akan mendapat pengiktirafan sebagai sekolah atau institut hijau melalui program Eco-Schools dan Eco-Campus yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Greening Education Partnership Pahang.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pelan yang dilaksanakan bermula tahun ini hingga 2030 bertujuan untuk memperkasakan generasi muda dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk menangani cabaran alam sekitar yang mendesak melalui pendidikan.

“Antara sasaran yang digariskan mengikut pelan hala tuju ini ialah, pertama, ‘greening schools’ atau penghijauan sekolah dimana sekurang-kurangnya 50 peratus daripada institusi pendidikan di Negeri Pahang mendapat pengiktirafan sebagai sekolah atau institut hijau.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

“Kedua, ‘greening learning’ atau penghijauan pembelajaran di mana 100 peratus sekolah yang terlibat dalam Eco-Schools melaksanakan integrasi pendidikan perubahan iklim dalam kurikulum kebangsaan dan 100 peratus institusi pengajian tinggi dalam Eco-Campus melaksanakan kursus pengurusan pembangunan mampan yang diiktiraf,” titah baginda.

353831549 817236446426862 7778175639653027997 n
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Program Eco-Schools Pahang Darul Makmur di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah di sini hari ini.

Hadir sama, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Penaung Diraja bagi Program Eco-Schools Pahang dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Baginda bertitah, selain itu, sasaran ketiga yang digariskan mengikut pelan hala tuju ini ialah, greening capacity atau penghijauan kapasiti dan kesediaan di mana setiap guru besar atau pengetua dan sekurang-kurangnya dua orang guru dari setiap sekolah di Pahang mengikuti kursus ‘Climate Change Education’.

“Yang keempat, greening communities atau penghijauan komuniti di mana 100 peratus sekolah dalam kawasan Felda yang terlibat dalam Eco-Schools Pahang menjadi pusat pendidikan untuk pembangunan mampan komuniti,” titah baginda. – nasionalkini.my

scam phone1 1665551071

Warga emas dan penjawat awam rugi RM195,200, terpedaya Phone Scam

WhatsApp Image 2023 06 13 at 4.31.26 PM

Kebajikan 1,000 nelayan Melaka akan terus dibela