in

144,840 rakyat Terengganu layak terima bantuan i-Fitri

duit i fitri

Oleh: Adnan Mohamad

KUALA TERENGGANU 13 April – Kira-kira 144,840 pemohon Bantuan Khas i-Fitri di Terengganu akan mendapat bantuan hari raya sebanyak RM300 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) bermula 17 April 2023 ini.

Bantuan Khas i- Fitri yang disalurkan oleh kerajaan negeri kepada penerima layak itu membabitkan peruntukan RM43.4 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, bantuan berkenaan akan diagihkan secara tunai.

hanafiah 1
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri, Hanafiah Mat berharap bantuan yang disalurkan dapat digunakan dengan berhemah

“Agihan bantuan ini diharap dapat mengurangkan beban perbelanjaan yang terpaksa ditanggung bagi keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi,” katanya kepada NasionalKini, hari ini.

Pada masa sama, Hanafiah memberitahu, kira-kira tiga peratus daripada permohonan Bantuan Khas i-Fitri 2023 terpaksa ditolak berikutan terdapat kesalahan pemohon mengisi borang selain didapati tidak layak mendapat bantuan tersebut.

i fitri 2023
144,840 rakyat Terengganu layak terima bantuan i-Fitri 4

“Permohonan mereka ditolak kerana pendapatan mereka melebihi dari syarat yang ditetapkan, kakitangan kerajaan dan ada juga dalam kalangan mereka salah mengisi borang,” katanya.

Bantuan tersebut akan diagihkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing selama tiga hari bermula Isnin ini. – NasionalKini

penang sakit 1

Pilu terkenang abah di Aidilfitri

WhatsApp Image 2023 04 14 at 9.11.44 AM 2

TNB peruntuk RM40,000 bantu 200 murid luar bandar di Pahang