in , ,

1,416 rakyat dapat manfaat daripada  saringan Madani Afiat

madani afiat
Dr Zaliha Mustafa meninjau perkhidmatan Touch Point pemeriksaan kesihatan Program Madani Afiat di SK Kampung Jawa, Segamat. Foto: Kosmo

SEGAMAT, 26 Ogos –  Saringan Madani Afiat yang dijalankan di tiga buah negeri sebelum ini telah berjaya  memberi manfaat kepada 1,416 rakyat berusia 18 tahun dan ke atas.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, seramai 568 individu yang disaring direkodkan menghidap tekanan darah tinggi, manakala 402 individu didapati mengalami diabetis.

“Seramai 370 yang telah dikesan mempunyai risiko untuk menghidap darah tinggi dengan 187 orang mempunyai kecenderungan untuk diserang penyakit diabetes,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir sempena pelancaran Program Madani Afiat Negeri Johor dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 peringkat kebangsaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa, hari ini.

Katanya, Parlimen Sekijang menjadi kawasan Parlimen pertama menjayakan perkhidmatan Touch Point saringan kolesterol dalam pelaksanaan pemeriksaan kesihatan menerusi Program Madani Afiat.

Johor menjadi negeri keempat yang menganjurkan Madani Afiat selepas Selangor, Terengganu dan Kelantan.

“Pemeriksaan kesihatan dengan kaedah pelaksanaan ini diyakini boleh membantu KKM di setiap daerah untuk mengenal pasti idividu yang menghidap penyakit tidak berjangkit.

menerusi saringan tersebut membolehkan fasiliti kesihatan KKM yang berhampiran menyediakan rawatan susulan yang sesuai dengan penyakit yang dihidapi oleh seseorang individu, terutama bagi yang berdepan dengan dugaan kesempitan kewangan,” katanya. – nasionalkini.my

Warga JPJ Putrajaya luang masa santuni penghuni Sang Riang

pesawat tudm

Pesawat TUDM terbang rendah jalani persiapan Hari Kebangsaan 2023