in
IMG 20230702 WA0024
Haslinda Ani bersama anak angkatnya Iris Hani Amanda yang dijaga sejak dilahirkan 12 tahun lalu.

Ibu kandung Amanda diminta tampil bantu urusan dokumentasi, JKM

Oleh Luth Adwa

KOTA TINGGI, 2 Julai – Seorang wanita, Haslinda Ani, 49, meminta bantuan orang ramai mengesan ibu kandung kepada seorang anak yang dipelihara sejak 2011.

Iris Hani Amanda Abdullah atau mesra dipanggil Amanda kini berusia 12 tahun perlu melengkapkan beberapa dokumentasi termasuk bagi membuat kad pengenalan.

Selain itu, ibu kandung Amanda juga diperlukan bagi membantu urusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung soal pengambilan anak angkat yang sah.

Haslinda berkata, Amanda diserahkan kepadanya pada hari pertama dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) 12 tahun lalu.

Menurutnya, ibu kandung Amanda, Nur Syuhada Mohd Suhaimi, 30, ketika itu berusia 18 tahun memintanya menjaga anak angkat itu sejak dalam kandungan lagi.

“12 tahun lalu, ibunya yang ketika itu sedang mengandungkan Amanda menyatakan dia tidak dapat menjaga anaknya itu dan meminta saya dan suami mengambil sebagai anak angkat. Sejak usia kandungannya lapan bulan sudah menjaga ibunya sehinggalah Amanda dilahirkan.

“Wanita tersebut kenalan kami dan kali terakhir kami tahu dia menetap di Kota Damansara, namun telah lama terputus hubungan dan tidak dapat dihubungi sehingga kini.

“Ibunya juga telah membuat akuan sumpah menyerahkan Amanda di bawah jagaan kami. Kami juga sudah anggap Amanda sebagai anak kami sendiri kerana telah menjaganya sejak dilahirkan,” katanya di sini hari ini.

Haslinda berkata, Amanda yang kini sedang belajar di darjah enam memerlukan kad pengenalan sebagai identiti rakyat Malaysia sekali gus memudahkan urusan untuk ke sekolah menengah. – nasionalkini.my

IMG 20230702 132513 800 x 500 pixel

Pelatih IPG tak layak terima eBelia Rahmah

FB IMG 1688291661053

Jentera UMNO Johor dihantar ke Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor hadapi PRN