in

UiTM lancar Cincin Graduasi

cincin graduasi
Roziah (kiri) dan Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Seni Kreatif, Prof. Dr. Shahanum Md.Shah (tengah) menggayakan Cincin Graduasi UiTM pada majlis pelancaran hari ini.

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Pelajar yang bergraduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini berpeluang memiliki cincin graduasi yang dijual khas kepada mereka yang tamat pengajian di universiti berkenaan,

Penjualan berkenaan sekali gus menjadi UiTM sebagai universiti tempatan pertama dalam negara yang mewujudkan cincin graduasi untuk para pelajar yang menerima diploma, ijazah dan lain-lain dari universiti tersebut.

Naib Canselor UiTM, Datuk Prof.Dr. Roziah Mohd.Janor berkata, cincin yang dinamakan Cincin Graduasi UiTM (CGU) itu reka khas oleh Kumpulan Kreatif Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM.

“Alhamdulillah CGU yang saya impikan menjadi kenyataan sejak idea tersebut timbul dua tahun lalu.

“UiTM menjadi universiti pertama menginovasikan cincin dengan rekaan diiktiraf pakar barang kemas dari universiti dan pemain industri.

“Kita kini mempunyai 700,000 alumni dan sasaran jualan CGU adalah 10,000 unit dan jika boleh jadikan cincin ini bukan sekadar hiasan tetapi kenangan indah semasa alumni menuntut ilmu di UiTM,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan CGU di Bangunan Canseleri UiTM hari ini.

Roziah menambah cincin yang mempunyai bahan logam berkualiti itu  boleh dipakai lelaki dan wanita dan dijual dengan  harga antara RM170 hingga RM195. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 18 at 11.09.25 PM

Sultan Johor selamat jalani pembedahan di bahu kanan

3 maut lemas dalam kereta