in

iCEPS rai anak yatim, asnaf

Pelbagai aktiviti menarik diadakan program anjuran iCEPS di Rumah Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara, baru-baru ini

KOTA DAMANSARA, 17 Julai – Seramai 35 orang anak yatim dan asnaf daripada Rumah Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara, Selangor diraikan dalam program ‘Satu Langkah Sejuta Manfaat’.

Program santai itu dianjurkan pelajar Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS) daripada kursus Perhubungan Awam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam berlangsung baru-baru ini.

Penasihat dan pengarah projek, Shira Haniza Yaakop berkata, program amal itu bertujuan menyantuni mereka memerlukan seperti asnaf dan anak yatim agar tidak rasa terpinggir.

Katanya, iCEPS sememangnya sentiasa menyokong dan mengutamakan aktiviti serta usaha berkaitan sumbangan kepada masyarakat.

“Hal ini selari dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan yang ‘versatile’. Graduan bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi dari segi sahsiahnya.

“Penglibatan pelajar dalam kerja-kerja bersama komuniti seumpama ini secara tidak langsung membentuk keperibadian yang baik dan mampu menjadi contoh teladan,” katanya kepada KOSMO.

Shira Haniza menambah, pelbagai aktiviti menarik turut disusun atur pada program tersebut, antaranya sesi pengisian bersama St John Ambulance Malaysia, senaman ringan dan eksperimen sains.

“Istimewanya, program ini dilaksanakan bersempena sambutan iCEPS ke-50 tahun atau Jubli Emas,” katanya.- nasionalkini.my

Kedai Payang dibuka semula hujung tahun ini

Tinggal anak pergi klinik 11 tahun lalu