in

SAHABAT BAIK RAIH PENDAPATAN LUMAYAN DARI TANAMAN CILI

IMG 20230630 184933
Nik Fazirul Fakkri Nik Him teliti memilih hasil tuaian cili yang akan dihantar ke Pasar Borong Selayang.

Oleh Aimy Maisarah

JELI, 30 Jun – Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Pepatah inilah yang sesuai digambarkan kegigihan dua sahabat baik menghasilkan tanaman cili yang memberi pulangan pendapatan hampir RM10,000 sebulan.

Nik Fazirul Fakkri Nik Him dan Mohamad Faezwan Hanafi, kedua-duanya berusia 27 tahun berkata, kejayaan yang dikecapi mereka hari ini bukannya mudah, berikutan banyak persaingan dengan pengusaha berskala besar.

Lambakan tanaman cili di Kelantan menyukarkan mereka menjual produk itu telah memaksa mereka berulang-alik dari Jeli ke Pasar Selayang setiap hari sejak tiga tahun lalu.

“Kami nekad menempuh jarak perjalanan 373 kilometer selama enam jam dari Jeli ke Selayang setiap hari.

IMG 20230630 WA0028
Nik Fazirul Fakkri Nik Him (kiri) dan Mohamad Faezwan Hanafi ketika mengerjakan umrah pada tahun lepas.

“Kami bertolak pada jam 1 pagi untuk menghantar cili dan kemudian kembali ke Jeli pada pukul 9 pagi untuk kerja-kerja di kebun dan persediaan lain,” kata Nik Fazirul.

Kemahiran dan ilmu menanam cili itu diperolehi mereka ketika menyambung pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Akultur di Politeknik Jeli, di sini, dan sebaik sahaja tamat latihan praktikal di sebuah universiti tempatan pada awal tahun 2021, mereka mengambil keputusan untuk mengusahakan tanaman berkenaan.

Nik Fazirul berkata banyak cabaran yang mereka lalui untuk sampai ke tahap ini, tetapi itu semua tidak mematahkan semangat dan sentiasa mencari peluang baharu.

Dua sahabat itu turut melebarkan sayap perniagaan mereka dalam bidang pertanian dengan membuka kiosk jagung, aiskrim dan burger di sekitar Jeli.

“Alhamdulillah, kami mampu berbangga kerana pendapatan kini keseluruhannya mencecah sehingga RM400,000 bermula dengan penanaman cili.

“Pada masa ini pula, kami sedang memulakan tanaman nenas di atas tanah seluas 1.2 hektar  di Jeli dan setakat ini musim panas tidak menjejaskan tanaman,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan di Universiti Malaysia Kelantan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 30 at 2.48.40 PM

Menteri pelancongan sahkan beliau buat ‘kecoh’ di KLIA

IMG 20230630 WA0024

Gerai kotor, diubah suai secara haram