in

Replika al-Quran gergasi di Yala terima lebih 100,000 pengunjung sejak disiapkan

WhatsApp Image 2023 07 11 at 10.19.07 PM
Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk RAKR Seberang Jertih, Terengganu bergambar kenangan ketika berkunjung ke tapak replika, baru-baru ini.

Oleh: Mohmmad Ishak

YALA (Thailand), 11, Julai –. Pembinaan replika gergasi yang tertulis ayat Al-Israa yang terletak di Kampung Pak Pungoh, wilayah selatan Thailand ini, menjadi sejarah moden apabila pengunjung dari dalam dan luar negara gajah putih itu berpeluang menyaksikan kehebatan penulis dan penciptanya.

Pencetus idea pembinaannya, Imam, Mat Rokey Wan Kechik, 57 berkata, dia menghasilkan pembinaan replika tersebut berikuta  tidak pernah diusahakan oleh masyarakat Islam di negaranya dan mungkin juga di negara-negara Islam lain.

WhatsApp Image 2023 07 11 at 10.22.32 PM
Replika al-Quran di Yala, Thailand kini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara terutatama masyarakat Islam.

Namun tidak menyangka replika ciptaannya yang setinggi 3.6 meter dan lebar 5.2 meter itu kini menjadi tular serta menjadi tarikan baharu kepada pengunjung ke negara itu.

“Sebahagian besar pengunjung adalah dari negara-negara  jiran, Malaysia, Brunei, Singapura,Indonesia dan Arab Saudi,” katanya kepada nasionalkini.my.

Bagi kos untuk membina replika itu, Mat Rokey berkata dia hanya menghabiskan kira-kira 6,000 baht (RM789) dan mengambil masa 22 hari untuk disiapkan, manakala lapan hari lagi bagi menghasilkan tulisan khat ayat al-Quran itu.

Katanya,kerja-kerja pembinaan replika turut dibantu oleh 30 pemuda kampung secara bergotong-royong iaitu pada sebelah malam selepas solat terawih.

WhatsApp Image 2023 07 11 at 10.20.54 PM
Mat Rokey menunjukkan hasil tulisan ayat al quran pada replika.

“Manakala saya sendiri bertindak sebagai penulis pada ayat-ayat suci al-Quran yang dipaparkan di replika tersebut,” katanya.

Malah, sehingga kini, katanya, lebih 100,000 orang telah berkunjung ke kampung itu dan menzahirkan kekaguman  selepas melihat serta mengambil kesempatan bergambar di hadapan replika berkenaan.

Bagi melengkapkan lagi kehadiran replika al-Quran itu, penduduk setempat  turut membina replika Gua Hira’ dan Bukit Uhud berhampiran replika tersebut sebagai mengenang pengorbanan Nabi Muhammad dalam mengembangkan syiar  Islam. – nasionalkini.my

Afdlin

Afdlin Shauki mahu manfaatkan pengalaman diri jadikan ibu negara sebagai pusat seni

kwsp

KWSP cadang perkenalkan Akaun 3 sebagai akaun simpanan