in

Program FACES dapat sambutan luar biasa, penduduk setempat teruja

faces 1
Sebahagian orang ramai yang hadir pada Festival Aktif Ceria Sihat Parlimen Wangsa Maju bergambar bersama ahli parlimen, Zahir Hassan.

Oleh Ahmad Abd Hamid

PROGRAM Festival Akif Ceria Sihat (FACES) Parlimen Wangsa Maju pada Sabtu 17 Jun lalu berlangsung meriah dengan mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Festival yang pertama kali itu diadakan di Dewan Komuniti Gombak di Taman Melati dan perasmian dilakukan sendiri oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan.

Ia dianjurkan bersama oleh Pusat Khidmat dan Pertubuhan Latihan Teraju Nusa Malaysia (PLATINUM), dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Management and Science University (MSU).

WhatsApp Image 2023 06 20 at 7.43.52 PM
Sempena Fetival Aktif Ceria Sihat Parlimen Wangsa Maju di Dewan Komuniti Gombak, penyerahan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah-sekolah Wangsa Maju turut diadakan. Sumbangan disampaikan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan (berbaju gelap).

Sempena festival, tiga program utama diadakan merangkumi kesihatan, sukan, pendidikan serta cabutan bertuah. Segmen kesihatan bertemakan ‘Be Fit’ menyediakan pemeriksaan dan khidmat nasihat kesihatan percuma. Selain itu diadakan demonstrasi bantuan kecemasan dan pemeriksaan mata.

Cabaran berhalangan ‘Be Fit’ pula antara segmen sukan yang menarik, menguji ketangkasan, daya saing dan ketahanan mental peserta merentasi halangan disediakan. Memang menarik menyaksikan peserta bersaing penuh semangat.

WhatsApp Image 2023 06 20 at 7.44.03 PM
Salah seorang pemenang cabutan bertuah pogram FACES menerima hadiah daripada Zahir.

Selain itu, pelajar sekolah disediakan dengan aktiviti ‘Ceria Ke Sekolah’ yang mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keramat dan PPD Sentul. 

Pelajar-pelajar yang hadir memeriahkan program turut diberikan alat tulis.

Sumbangan yang keseluruhannya berjumlah RM210,000 juga disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah dalam Parlimen Wangsa Maju untuk menjalankan pelbagai aktiviti PIBG di sekolah masing-masing. 

Zahir mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program FACES. 

Beliau juga berterima kasih kepada warga Wangsa Maju yang datang beramai-ramai menyerikan festival tersebut.  – nasionalkini.my

wau 1

Permainan tradisional wau tidak dilupakan, kini dimartabat golongan muda

WhatsApp Image 2023 06 20 at 9.48.07 PM

Azzurri pulang ke gagang