in , ,

‘Kanser abang sangat agresif’ – Safura reda ujian suami

20260511 014452
Safura Yaacob mendedahkan keadaan terkini suaminya Sahronizam yang terpaksa menangguhkan pembedahan kedua selepas pemeriksaan mendapati sel kanser mula menunjukkan tanda-tanda tersebar ke bahagian paru-paru

SHAH ALAM 11 Mei – “Minta dengan Allah, semoga Dia beri kita kesabaran.” Demikian rintihan hati penyanyi Safura Yaacob saat menceritakan penderitaan suaminya, Sahronizam Noor yang kini berdepan kanser tulang rawan tahap tiga yang semakin agresif.

​Ujian buat keluarga ini semakin berat apabila prosedur pembedahan kedua yang dirancang terpaksa ditangguhkan selepas sel kanser dikesan telah mula menyerang bahagian paru-paru pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu.

​Menceritakan keadaan fizikal Sahronizam, Safura menyifatkan semangat suaminya itu sangat luar biasa walaupun tulang belikatnya kini timbul sehingga memerlukan pemotongan dilakukan pada bahagian yang terjejas.

​”Doktor kata kanser dia sangat agresif. Tulang belikat dia timbul dan separuh daripadanya perlu dipotong bagi menyekat sel daripada terus merebak. Walaupun zahirnya nampak sihat, dia sebenarnya sedang berjuang hebat,” luah pelantun lagu Dulu Sayang Kini Benci itu.

​Mengakui berat badannya pernah susut sehingga 12 kilogram akibat tekanan emosi di fasa awal penyakit suami, Safura kini lebih tenang dan memilih untuk kekal positif mendepani takdir.

​Tahun lalu, Sahronizam telah menjalani pembedahan membuang tumor pada bahagian belakang badan selain melengkapkan 33 sesi rawatan radioterapi sebelum pemeriksaan terbaharu mengesan komplikasi pada paru-paru.

CURI SAWIT

Curi sawit guna kereta, empat lelaki dicekup

3517643

Kerajaan disaran laksana subsidi petrol bersasar lebih komprehensif