in

Le Lodge Mansion tawar pengalaman berbeza

Le Lodge Mansion yang terletak di Taman Pauline, Air Putih Kuantan, menawarkan pengalaman berbeza kepada pelanggan mereka

LOKASI penginapan yang hampir dengan pelbagai tempat menarik sudah tentu menjadi pilihan apabila kita bercuti.

Jika anda memilih untuk berehat sambil menenangkan fikiran, Le Lodge Mansion pastinya tempat yang menawarkan semua itu.

Terletak tidak jauh dari pusat bandar raya Kuantan, Le Lodge Mansion di Lorong Pauline, Air Putih, adalah destinasi serba lengkap.

Menyediakan bilik penginapan selesa pada harga sangat berpatutan, mansion itu juga sudah menjadi pilihan ramai sejak beroperasi kira-kira lima tahun lalu.

Le Lodge Mansion yang terletak di Taman Pauline, Air Putih Kuantan, menawarkan pengalaman berbeza kepada pelanggan mereka

Dimiliki oleh Belle Muck, vila berkenaan bukan sahaja menyediakan bilik yang luas, tapi turut mempunyai kolam renang dan sudut untuk BBQ.

“Bilik kami juga ada menyediakan tab mandi dan ia boleh dipilih pelanggan ketika membuat tempahan,” katanya ketika ditemui wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Bagi memberikan keselesaan untuk berehat kepada pelanggan mereka, Belle juga menyediakan bilik bebas asap rokok serta rangkaian internet tanpa wayar (WIFI) untuk pelanggan dapat terus melayari internet ketika berada di situ.

Le Lodge Mansion yang terletak di Taman Pauline, Air Putih Kuantan, menawarkan pengalaman berbeza kepada pelanggan mereka

“Ia (WIFI) adalah keperluan semasa, ada yang datang untuk bercuti, tapi mereka juga ingin mengikuti perkembangan semasa.

“Begitu juga dengan pelanggan yang datang untuk berehat sambil bekerja di sini, jadi, kita sediakan kemudahan (WIFI) kepada mereka,” katanya lagi.

Le Lodge Mansion yang terletak di Taman Pauline, Air Putih Kuantan, menawarkan pengalaman berbeza kepada pelanggan mereka

Selain menawarkan bilik penginapan dan kemudahan letak kenderaan yang memudahkan pelanggan, Le Lodge Mansion juga sedia menerima tempahan pengurusan acara majlis perkahwinan.

Majlis perjumpaan semula keluarga juga sering diadakan di situ.

Akses untuk ke pantai Teluk Chempedak dan taman rekreasi Bukit Pelindung sangat dekat dengan mansion dimiliki Belle.

Le Lodge Mansion yang terletak di Taman Pauline, Air Putih Kuantan, menawarkan pengalaman berbeza kepada pelanggan mereka

Untuk mereka yang ingin bercuti ke Kuantan dan belum mempunyai tempat penginapan, boleh melayari laman Facebook ‘Le Lodge Mansion’ bagi melihat sendiri pelbagai keistimewaan mansion berkenaan.- nasionalkini.my

SUPOL Anwar lawat keluarga nahas Elmina

BN masih terkial-kial pulih sokongan orang Melayu