KUALA LUMPUR , 20 Julai – Selepas sekian lama menghilang, Ketua Wanita Parti Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Rina Harun tampil membuat kemunculan semula dan aktif di media sosial.
Bekas Menteri Wanita dan keluarga dilihat kembali aktif di media sosial dan sering turun padang bertemu rakyat membantu untuk berkempen menjelang Pilihan Raya negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Kali terakhir beliau mengemaskini akaun media sosial miliknya adalah pada 20 November tahun lalu susulan tewas dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 di Parlimen Sepang.
Bagaimanapun, sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru beliau tampil bersama video mengucapkan salam tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap agar tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat semua.
Namun dalam kebanyakan hantaran dikongsi, kandungan video ucapan Maal Hijrah mencuit hati dan sekali gus menjadi bualan netizen.
Melihat ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial ‘memberi tumpuan’ ke arah dagu yang kekal runcing.
Selain dagu, ada juga yang meninggalkan komen menyindir Rina kerana tiba-tiba muncul setelah sekian lama menghilang diri.
Rina yang juga merupakan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu sebelum ini pernah menjadi trending dan bualan rakyat apabila tampil dengan penampilan baharu yang dilihat lebih ramping berbanding dahulu.
Malah, ramai yang mendakwa wanita hebat itu melakukan pembedahan ‘memotong perut’ untuk kurus secara ekspress.
Bagaimanapun persoalan itu masih tergantung sehingga kini kerana beliau langsung tidak memberi kerjasama dalam menjawab persoalan mengenai kontroversi tersebut. – nasionalkini.my