in ,

Sivakumar masih disiasat tiada keperluan direhatkan

anwar siva

KUALA LUMPUR 17 April –  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar direhatkan berhubung siasatan yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

Katanya, ini kerana siasatan masih berjalan ke atas Sivakumar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak-kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

sivakumar
Tiada keperluan untuk V. Sivakumar direhatkan berhubung siasatan yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

“Ini baru siasatan, belum ada pertuduhan di mahkamah. mana-mana pihak tidak boleh membuat telahan memandangkan ia masih dalam siasatan dan tiada sebarang pertuduhan yang dibuat setakat ini.

Kalau ada pendakwaan itu soal lain. Saya tak boleh buat telahan awal. 

Dalam kes khusus Sivakumar ini, kita tak wajar beri apa-apa telahan, selain daripada kenyataan bahawa beliau dipanggil memberikan jawapan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh SPRM,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Batu Gajah didakwa menerima wang jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak-kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Anwar pada masa sama menjelaskan kerajaan pimpinannya tegas dengan prinsip dalam soal tatakelola dan banteras rasuah, tanpa mengira latar belakang dan parti politik individu yang disiasat atau didakwa itu.

Dalam pada itu, Sivakumar secara tegas  menafikan kediamannya digeledah SPRM semalam.

Penafian itu selepas tular berita mendakwa SPRM menggeledah pejabat dan kediaman Menteri Sumber Manusia itu. – NasionalKini.my

WhatsApp Image 2023 04 17 at 1.33.56 PM 1

Dua wanita dibogelkan sebelum dibuang ke laut kerana pusat karaoke beroperasi pada Ramadan

sudan

Krisis Sudan: Wisma Putra berusaha bawa pulang rakyat Malaysia