in

Selangor salur wang tunai RM150 setahun kepada warga emas menerusi skim SMUE

Amirudin Shari
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas di Selangor diraikan menerusi penstrukturan semula SMUE.

KUALA LUMPUR, 11 Julai –  Selangor menjadi negeri pertama dalam negara yang menjaga kebajikan warga emas dengan menyalurkan wang tunai sebanyak RM150 setahun menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada semua warga emas di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas di Selangor diraikan menerusi penstrukturan semula SMUE.

“Dalam Belanjawan 2023 kita tambah kepada RM150 berbanding sebelum ini RM100 kepada setiap individu warga emas

“Setiap warga emas di negeri ini sentiasa dihargai dan sebab itu SMUE ditambahbaik bagi menjaga kebajikan golongan itu.

“Selepas 10 tahun, kita tengok program ini sampai sasaran ke tidak untuk kita hargai warga emas,” katanya yang berkongsi satu video di Twitter, hari ini.

Beliau memberitahu pelaksanaan SMUE sebelum ini hanya memberi bantuan kepada ahli keluarga yang mempunyai warga emas yang meninggal dunia.

Namun ditambah baik dengan menambah peruntukan bagi memberi peluang kepada warga emas menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik.

WhatsApp Image 2023 07 11 at 7.23.05 PM

Suspek tikam polis akan diburu sampai ke lubang cacing

Bagaikan mimpi di kedai kopi ‘Mimpi dan Jiwa’