in

Suspek tikam polis akan diburu sampai ke lubang cacing

WhatsApp Image 2023 07 11 at 7.23.05 PM
Suspek tikam polis akan diburu sampai ke lubang cacing

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 11 Julai – Operasi besar-besaran sedang dilakukan pasukan  polis bagi menjejaki suspek yang melarikan diri selepas menikam seorang anggota pasukan keselamatan itu di Jalan Ungku Puan di sini, semalam.

Sehingga kini, polis belum 100 peratus mengenal pasti identiti suspek dan masih mengumpul maklumat yang boleh membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya ketika ini masih dalam usaha mendapatkan petunjuk tentang suspek yang akan diburu 

“Agak sukar kerana ketika kejadian, hanya nampak mata suspek sahaja. Suspek pakai pelitup muka, kemudian pakai ‘snow cap’, rambut pun tidak nampak panjang atau pendek.

“Keadaan lokasi kejadian gelap, suspek pakai baju lengan panjang dan warna hitam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang anggota polis berpangkat konstabel, parah ditikam seorang individu yang ditahan dalam Op Tapis Khas di tempat letak kereta berbayar, Jalan Ungku Puan di sini, kira-kira pukul 2.30 pagi.

Mangsa yang berusia 22 tahun mengalami luka dalaman akibat ditikam dengan sebilah pisau di bahagian rusuk belakang sebelah kiri.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan dua rakan setugas lain sedang memeriksa tiga individu termasuk suspek kerana disyaki terbabit kegiatan penyalahgunaan dadah.

Suspek yang dipercayai warga tempatan itu secara tiba-tiba cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan sehingga mangsa ditikam olehnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau suspek boleh terus menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Noor Azlinda Mohd Khalid 017-2765250. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 11 at 3.19.47 AM

Eco-Shop beri jaminan kekalkan harga untuk tempoh lima tahun akan datang

Amirudin Shari

Selangor salur wang tunai RM150 setahun kepada warga emas menerusi skim SMUE