in ,

PKR ‘mengajar’ Hassan Karim supaya bantu beri kefahaman mengenai OPR bukan serang kerajaan

Untitled design 9

KUALA LUMPUR, 6 Mei – PKR menyifatkan tindakan ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menyerang dua pemimpin utama negara sebagai tindakan tidak wajar sebaliknya perlu lebih positif dalam membantu kerajaan memberi kefahaman kepada rakyat.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, bekas Pengerusi PKR Johor itu tidak sepatutnya menyerang dua pemimpin utama negara berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR) bukannya arahan daripada Perdana Menteri.

“Hassan sewajarnya rujuk kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) bukan alih serangan kepada perdana menteri dan menteri ekonomi. 

razeef
Razeef meminta Hassan mengutamakan peranan sebagai ahli Parlimen kerajaan dan tidak mengutuk kerajaan

Kenyataan yang dikeluarkan  seolah-olah kenaikan OPR itu atas arahan perdana menteri mahupun menteri ekonomi. Itu tidak benar.

“Sebagai seorang ahli Parlimen dan pemimpin PKR, Hassan sepatutnya membantu memberi kefahaman kepada rakyat dan bukannya dengan sengaja mengalihkan serangan kepada perdana menteri dan menteri ekonomi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Hassan  menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberi penjelasan berhubung kenaikan OPR  susulan kenaikan tersebut dinafikan sebelum ini.

Beliau pada masa sama melahirkan kebimbangan isu berkenaan bakal menjejaskan kedudukan PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tidak lama lagi.

Menjelaskan perkara tersebut, Razeef berkata, kenaikan OPR itu adalah kesan daripada peningkatan ekonomi negara yang memberangsangkan serta jumlah pengangguran yang berkurangan.

“Sudah tentu keputusan BNM menaikkan OPR adalah melalui data yang mereka miliki. OPR tidak akan naik jika sesebuah negara masih bermasalah dari segi ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu beliau tidak menafikan masih terdapat rakyat bergelut dari segi ekonomi namun pelbagai jenis bantuan dan inisiatif diperkenal kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat di negara ini.

Razeef pada masa sama Razeef membidas Hassan supaya mengutamakan peranan sebagai ahli Parlimen kerajaan berbanding terlebih cakna dengan nasib rakyat sehingga sanggup mengkritik kerajaan.

Katanya pelbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 06 at 8.50.10 PM

Pekebun rugi ribuan ringgit tanaman kelapa sawit diserang gajah liar

20230506 194028

Raja Charles III kini rasmi raja Britain