in

DUN Pulau Pinang bubar esok

IMG 20230615 093923 800 x 500 pixel
Seramai 9,773,571 orang layak mengundi pada PRN kali ini - Gambar hiasan

GEORGETOWN, 27 Jun – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tiba di kediaman rasmi Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Seri Mutiara pada jam 7.53 pagi tadi.

Kon Yeow bertemu Ahmad Fuzi untuk mendapatkan persetujuan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Selain Kon Yeow, turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar turut memasuki pekarangan Seri Mutiara.

Beliau kemudiannya dilihat meninggalkan Seri Mutiara pada jam 8.33 pagi.

Ketika ditemui di luar pekarangan Seri Mutiara, Kon Yeow berkata, Kerajaan Pulau Pinang telah mendapat persetujuan Ahmad Fuzi untuk membubarkan DUN Pulau Pinang.

“Saya telah mendapat perkenan TYT untuk menandatangani proklamasi untuk membubar DUN untuk membolehkan pilihan raya negeri (PRN) yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya setelah semua negeri membubarkan Dewan masing-masing.

“Saya merasa lega selepas perkara ini sudah berakhir untuk kita buat persediaan PRN. Pembubaran DUN Pulau Pinang berkuatkuasa pada 28 Jun 2023,” katanya, lapor Sinar Harian.

Kon Yeow dijadualkan akan mengadakan sidang akhbar mengenai pembubaran DUN Pulau Pinang pada jam 2.30 petang di Pejabat Ketua Menteri di Komtar. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230627 092020 800 x 500 pixel

2 juta jemaah haji sudah berada di Tanah Suci

IMG 20230606 112317 6 x 4 inch

MB Terengganu menghadap Sultan Mizan