in

Cadang tubuh RCI beras tempatan

IMG 20240326 152929 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

KUANTAN, 26 Mac – Ketua BERSATU Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali mencadangkan kerajaan Madani menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat secara lebih mendalam isu ‘kehilangan’ beras putih tempatan.

Jika kerajaan Madani enggan menubuhkan RCI itu, ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) perlu mendesak di Dewan Rakyat agar RCI berkenaan diwujudkan.

Dr Abdul Rasid Md Ali

“Tugas ahli parlimen PN adalah untuk mendesak supaya satu RCI diwujudkan, jika kerajaan Madani tidak mahu menyiasat lebih terperinci isu beras putih tempatan.

“Selain itu, kerajaan perlu mewujudkan formula kawalan barangan subsidi tempatan hanya boleh dibeli rakyat tempatan sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai RCI beras putih tempatan, Abdul Rasid meminta tindakan tegas diambil terhadap kilang atau kartel yang dikenal pasti punca ‘kehilangan’ beras tempatan di pasaran.

“Pandangan saya, kilang dan kartel ini boleh kita kategorikan sebagai pengkhianat negara.

“Jadi, wajar dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada pengkhianat lain,” tegasnya.– nasionalkini.my

IMG 20240326 154038 800 x 500 pixel

Puasa didik hati lebih prihatin

IMG 20240327 004934 800 x 500 pixel

Sumbangan untuk asnaf diteruskan