in

BERSATU sedia hadapi enam PRK

IMG 20240303 180008 800 x 500 pixel
Datuk Jasri Jamaludin

KUANTAN, 3 Mac- Ketua BERSATU Maran, Datuk Jasri Jamaludin yakin jentera parti itu sudah bersedia jika pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

Katanya, ia susulan ketetapan dibuat selepas pindaan Perkara 10 Perlembagaan parti diluluskan sebulat suara semalam.

Pindaan itu menyaksikan enam ahli parlimen BERSATU yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengosongkan kerusi mereka.

Bagaimanapun, pindaan itu perlu mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) terlebih dahulu.

“Buat masa ini kita tunggu kelulusan daripada RoS berkaitan pindaan itu.

“Pada saya, BERSATU tidak ada masalah kalau perlu diadakan PRK, kami bersedia untuk berdepan dengan calon daripada mana-mana parti.

“Saya percaya RoS akan membuat keputusan yang bijak dalam hal ini,” katanya yang juga ADUN Kuala Sentul.

Sebagai rujukan, enam kerusi parlimen itu adalah kerusi parlimen Tanjung Karang, Bukit Gantang, Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar dan Labuan.— nasionalkini.my

IMG 20240229 195615 800 x 500 pixel

Pemeriksaan gigi percuma untuk penghuni Sang Riang

IMG 20240304 200402 800 x 500 pixel

Syarat ‘pelik’ untuk sertai kejohanan bola sepak