in ,

UMP dan UMW tanam 2,000 pokok bakau di Cherating 

WhatsApp Image 2023 05 13 at 17.16.52
Sebanyak 2,000 anak pokok bakau berjaya ditanam di kawasan Cherating

KUANTAN, 13 Mei – Sebanyak 2,000 anak pokok bakau berjaya ditanam di kawasan Cherating di sini oleh lebih 200 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerusi Inisiatif Pucuk Hijau (UGS) UMW.

Program anjuran bersama UMP dan Kumpulan UMW turut mendapat kerjasama UMW Toyota Motor dan syarikat bersekutu UMW, Perodua.

Program turut melibatkan pengurusan UMW, barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMP serta 30 kakitangan UMW dari Kuantan.
 
Majlis turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Ketua Pegawai Mobiliti & Inovasi UMW Holdings Berhad, Datuk Abdul Rashid Musa dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Ts. Dr Yuserrie Zainuddin.
 
Menurut Abdul Rashid, sebanyak 2,000 pokok bakau telah berjaya ditanam di Pusat Kelip-Kelip Cherating hari ini dan ini merupakan tambahan kepada 2,600 pokok bakau yang telah ditanam melalui Inisiatif Pucuk Hijau UMW pada tahun lepas.
 
“Kami berbesar hati kerana UMP turut serta dalam program hari ini untuk bersama memelihara kehijauan negara.  

“Walaupun Kumpulan UMW telah terlibat dalam penanaman pokok sebelum ini, kami mempertingkatkan lagi usaha ni dengan lebih intensif melalui Inisiatif Pucuk Hijau UMW ini, dengan fokus kepada penanaman pokok bakau,” katanya.
 
Ujarnya, sehingga akhir bulan Mac 2023, Kumpulan UMW telah berjaya menanam sebanyak 195,200 pokok bakau di seluruh negara.
 
“Kami memilih untuk melabur dalam inisiatif ini kerana hutan bakau terkenal dengan kecekapan penyerapan karbon yang tinggi dan sangat penting kepada ekosistem negara.

“Inisiatif ini juga selaras dengan Kempen 100 juta Penanaman Pokok Kebangsaan Kerajaan Malaysia 2021 – 2025, yang dilancarkan pada Januari 2021,” ujar beliau. – nasionalkini.my

logo polis 2 1651832730

Polis tahan pengasuh disyaki dera bayi lelaki

Barisan Nasional

PRN : BN pilih calon mesti menang