in

‘Sila maklum kepada saya’, pengerusi MARA beritahu pelajar cemerlang susah tak dapat bantuan

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Oleh Adam Aariz

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) meminta orang ramai memaklumkan kepadanya jika ada pelajar miskin atau anak yatim mendapat keputusan cemerlang pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak menerima sebarang bantuan pendidikan.

Menerusi catatan di Facebook, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sebagai institusi yang bertanggungjawab memacu ekonomi Bumiputera, beliau tidak mahu membantu berasaskan warna parti politik.

“Tolong maklumkan pada saya kalau ada pelajar susah, anak yatim cemerlang dapat 11A tetapi tercicir atas apa jua sebab.

“Saya akan bantu melalui MARA dan Yayasan Pelajaran MARA,” katanya.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata walaupun parti itu yang menubuhkan MARA berasaskan resolusi usul ekonomi Perhimpunan Agung UMNO 1964, namun tidak pernah ia meletakkan syarat sertai parti dahulu sebelum dibantu.

Antara hantaran dibuat Asyraf Wajdi di laman sosial Facebook

“Baik dari segi pendidikan mahu pun keusahawanan,” katanya.

Catatan ringkas Asyraf itu mendapat perhatian warganet yang menyifatkan Setiausaha Agung UMNO itu sebagai pemimpin berjiwa rakyat, dan individu tepat memimpin institusi berkenaan.

“Terbaik Dato, nampak berbeza dengan MARA sebelum ini,” kata Aziz Sb di Facebook.

“Allah dah berikan kita pemimpin yang benar-benar layan memimpin rakyat,” tambah Yani Bohari.

Bagaimanapun, seorang warga maya Ex Sargent Mayor mempersoalkan sistem MARA itu dengan mencadangkan mengapa institusi berkenaan tidak menyediakan biasiswa kepada mereka yang cemerlang.

Asyraf kemudian membalas pembiayaan pendidikan itu membolehkan lebih ramai pelajar mendapat manfaat, sementara mereka yang mendapat keputusan cemerlang hanya perlu membayar 15 peratus saja daripada jumlah pinjaman. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Hilang gaji lepas potong kaki

Mazlan Aliman 2019

NGO kecewa Felda diterajui ‘orang luar’