in

NGO kecewa Felda diterajui ‘orang luar’

Mazlan Aliman 2019
Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Datuk Mazlan Aliman

Adam Aariz

KUALA LUMPUR: Sebuah NGO Felda menyifatkan pelantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi Felda yang baharu, menidakkan kemampuan anak peneroka memimpin institusi itu.

Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Datuk Mazlan Aliman berkata kerajaan seharusnya memberi peluang kepada generasi baharu Felda, untuk membawa perubahan kepada institusi yang diwujudkan sejak 1956 itu.

“Apalah salahnya kali ini generasi baharu Felda dilantik sebagai pengerusi. Ia suatu pengiktirafan dan penghargaan buat berjuta warga Felda.

“Tiada penghargaan buat generasi baharu Felda. ‘Orang luar’ yang dipilih sebagai Pengerusi. Walaupun cerdik pandai anak Felda ada, dipinggirkan. Apa yang mampu orang luar reform terhadap Felda?

Datuk Mazlan Aliman

“Beri peluang untuk buktikan kemampuan melaksanakan perubahan di Felda sejak diwujudkan 1956,” katanya kepada nasionalkini.my.

Mazlan berkata hanya anak tempatan Felda yang memahami masalah dan keperluan masyarakatnya.

“Ini institusi sosial oriented. Hanya orang tempatan yang faham dan menghayati masyarakatnya,” katanya.

Semalam, Felda mengumumkan pelantikan Ahmad Shabery sebagai pengerusi Felda berkuatkuasa 1 Julai.

Bekas menteri pertanian dan industri asas tani itu menggantikan bekas menteri besar Terengganu Tan Sri Idris Jusoh, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi Felda pada minggu lalu. – nasionalkini.my

IMG 20230629 140326 800 x 500 pixel

‘Sila maklum kepada saya’, pengerusi MARA beritahu pelajar cemerlang susah tak dapat bantuan

IMG 20230629 163818

Ketepikan ego, bantu mereka yang terpinggir – PM