in ,

Payung Rahmah : TF Value-Mart bantu ringankan beban pengguna

WhatsApp Image 2023 05 08 at 2.41.38 PM
SALAHUDDIN AYUB bertanyakan kepada seorang pelanggan pasar raya TF Value-Mart yang membeli barangan keperluan pada majlis perasmian cawangan itu di Sungai Lalang Bedong Sungai Petani, Kedah hari ini. - Gambar KPDN

KUALA LUMPUR 8 Mei – TF Value-Mart menjadi pasar raya pertama mengadakan Insiatif Payung Rahmah dalam meringankan beban pengguna membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub sempena majlis perasmian cawangan TF Value-Mart Sungai Lalang Sungai Petani, Kedah hari ini.

Salahuddin berkata, program berkenaan akan melibatkan 44 cawangan pasar raya dan pasar raya besar TF Value-Mart di seluruh negara meliputi Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.

“Ia merangkumi sehingga 100 SKU (Stock Keeping Unit) produk barangan keperluan harian yang ditawarkan dengan potongan harga kira-kira 10 peratus daripada harga jualan biasa.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus komited untuk memastikan warga Malaysia Madan dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar serta tidak menentu ketika ini,” katanya.

Sempena perasmian cawangan itu, Jualan Rahmah diadakan selama dua hari bermula hari ini melibatkan ayam segar berharga RM8.99 sekilogram, tomato (RM1.99 sekilogram) dan bawang merah besar (RM5 untuk tiga kilogram).

Minyak masak Seri Murni bersaiz botol 5 kilogram berharga RM26.99 dan pek Milo 2 kilogram RM32.99 juga ditawarkan dalam jualan tersebut.

Selain itu, pasar raya tersebut melaksanakan Insiatif Bakul Rahmah dengan menyampaikan kepada 50 keluarga daripada golongan yang memerlukan pada majlis berkenaan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 08 at 1.46.55 PM

COVID-19 bukan lagi Kecemasan Kesihatan Awam

IMG 20230508 WA0100

Malaysia, Indonesia lancar pembayaran kod QR rentas sempadan