in

Kes demam denggi meningkat

20230507 074609
Gambar hiasan

ALOR GAJAH, 7 Mei – Kes demam denggi di Melaka menunjukkan berlaku peningkatan mendadak apabila meningkat lebih 103 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia Dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem, berkata sehingga minggu epidemiologi (ME) 17 yang berakhir pada 29 April lalu, sebanyak 322 kes demam denggi direkodkan berbanding hanya 158 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Beliau berkata, secara purata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merekodkan kes antara 60 hingga 90 kes setiap bulan dalam tempoh empat bulan ini.

“Daerah Melaka Tengah merekodkan jumlah kes demam denggi tertinggi dengan 241 kes,diikuti Jasin dengan 52 kes dan baikinya 29 kes di Alor Gajah.

“Sehingga berakhirnya ME-17 juga terdapat 14 wabak dilaporkan di seluruh negeri ini dan namun begitu tiada kematian dilaporkan,” katanya, dipetik dari BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya yang diadakan di Kompleks Japerun Mahcap Jaya, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata, sepanjang ME-17 yang bermula pada 23 April sebanyak 19 kes direkodkan berbanding hanya 16 kes pada ME-16.

“Malah JKN juga mengesan empat lokaliti wabak aktif iaitu di Taman Perkota dan Jalan Sekolah, Kampung Padang Temu di daerah Melaka Tengah; Batu 21 1/2 Kampung Solok Dekat, Alor Gajah dan Taman Merlimau Baru di Jasin.

“Justeru itu JKN bersama-sama dengan agensi yang terbabit termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengaktifkan gotong-royong bagi membersihkan persekitaran premis dari tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya. – nasionalkini.my

20230504 133817

Hilang fokus punca tewas

20230507 080825

Noh Hujan bertunang dengan peguam