in

Noh Hujan bertunang dengan peguam

20230507 080825
Noh Salleh dikatakan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang peguam di Subang Jaya semalam - Gambar hiasan

PETALING JAYA, 7 Mei – Vokalis Hujan, Noh Salleh bakal mengakhiri status duda apabila mengikat pertunangan dengan seorang peguam, petang tadi.

Majlis yang diadakan di kediaman keluarga wanita pilihannya di Putra Heights Subang Jaya tersebut difahamkan turut menetapkan tarikh pernikahan iaitu pada 23 September ini.

Sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa bakal isterinya itu menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran.

“Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.

“Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang tadi majlis pertunangan sudah selesai, tetapi Noh serta keluarganya masih berada di sana,” kata sumber kepada Kosmo! Online.

Wanita pilihannya itu bernama Fatin Athira Mustapa yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Sumber turut menjelaskan Fatin, 30, mempunyai minat terhadap muzik, sama dengan Noh, selain berkebolehan bermain gitar dan menyanyi.

Pada majlis pertunangan, Fatin memilih persalinan hitam, manakala Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh turut mengenakan baju Melayu warna senada.

Sebelum ini, penyanyi merangkap komposer itu mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.

Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu. – nasionalkini.my

20230507 074609

Kes demam denggi meningkat

s01

3 rakyat Malaysia dari Sudan selamat tiba