in ,

JKNJ sahkan kematian kanak-kanak 12 tahun bukan disebabkan strok haba

budak

KLUANG, 2 Mei – Jabatan kesihatan Johor mengesahkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, semalam disahkan bukan disebabkan strok haba seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Pengarahnya, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, hasil siasatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati kematian kanak-kanak itu disahkan sebagai ‘septic shock secondary to Meningoencephalitis’ dan ia tiada kaitan dengan strok Haba seperti yang dilaporkan terdahulu.

Katanya, kanak-kanak berkenaan dimasukkan ke wad kerana sawan selepas demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.

“JKNJ memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

“Terlebih dahulu JKNJ merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam, disyaki mengalami simptom strok haba.

Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren Syahrol, 12, disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini.

Anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami gejala demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.

Doktor menerangkan anaknya mengalami simptom strok haba sehingga buah pinggang terjejas dan mengalami radang otak. – nasionalkini.my

lampu terbakar

Meletup angkara letupan mercun

20230503 064357

Cadangan menaikkan kadar caruman KWSP perlu diteliti