Oleh Putera Azim
KUALA LUMPUR 2 Mei – Gara-gara bermain mercun telah menyebabkan kebakaran lampu di sebuah blok kediaman Tiara Mutiara 1, Jalan Klang Lama, di sini.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Khairuddin Abdurrahman, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.47 pagi tadi.

“Kita telah menggerakkan pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil bersama jentera FRT dengan kekuatan lima orang anggota.

“Setibanya jentera bomba dilokasi kejadian pada pukul 5.58 pagi , kami dapati berlaku kebakaran melibatkan lampu di dalam bangunan.” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Khairuddin berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari letupan mercun kerana terdapat serpihannya di lokasi kejadian.
“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa di lokasi kejadian.” ujarnya. – nasionalkini.my