KUALA LUMPUR, 25 April – Pulau Pinang akan melakukan operasi pembenihan awan di dua kawasan tadahan air mulai hujung bulan ini bagi mengisi secepat mungkin empangan berkenaan yang kian menyusut hari demi hari.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir K Pathmanathan, kadar efektif kedua-dua empangan masing-masing sebanyak 82.5 peratus dan 64 peratus pada 1 Januari lalu, namun kini menyusut antara 37.7 peratus dan 15.4 peratus disebabkan taburan hujan yang rendah
Kadar efektif air di empangan Air Itam menyusut lagi kepada 44.8 peratus berbanding 46.1 peratus semalam, manakala empangan Teluk Bahang pula merekodkan penyusutan daripada 49.8 peratus kepada 48.6 peratus.
“Berikutan itu, Pulau Pinang memerlukan operasi pembenihan awan dan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka akan membantu melaksanakannya mulai akhir bulan ini.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengesyorkan jangka masa dari 29 April hingga 7 Mei untuk gelombang pertama operasi yang akan dijalankan di Pulau Pinang bagi tahun tahun ini.
“Keadaan cuaca harus sesuai untuk memaksimumkan kesan operasi pembenihan awan bagi mendorong hujan lebat di kedua-dua kawasan tadahan air berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Pathmanathan memaklumkan, pihaknya akan melaporkan hasil gelombang pembenihan awam iaitu berkaitan status empangan apabila selesai dilaksanakan nanti.
“Dalam hal ini, ia akan mengambil masa beberapa hari, selepas misi pembenihan awan TUDM dijalankan, untuk hujan berlaku dan air hujan mengalir ke empangan.

“Bergantung pada keputusan dan keadaan, PBAPP juga boleh memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membiayai gelombang kedua operasi pembenihan awan tambahan bagi menambah rizab empangan Pulau Pinang,” katanya.
Justeru, pihaknya sekali lagi menggesa penduduk negeri ini supaya mengurangkan penggunaan air harian mereka dengan mengamalkan langkah penjimatan seperti yang disyorkan.
“Kita mengingatkan kerana kedua-dua ini tidak diisi semula kepada kapasiti 100 peratus pada penghujung 2022 kerana hujan yang rendah di kawasan tadahan air tahun lalu.
“Sementara penggunaan air domestik merekodkan 868 juta liter sehari (JLH) tahun lalu dan ia meningkat kepada 944 JLH pada Februari tahun ini yang memerlukan pengguna perlu berjimat supaya tidak berdepan dengan krisis air,” katanya.
Terdahulu, Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bajet RM400,000 bagi membiayai operasi pembenihan awan di negeri itu.
Bagaimanapun, tiada syarikat daripada sektor swasta yang dapat memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sehingga bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) diperlukan.- nasionalkini.my