in ,

Zulkifli Ismail rancang terbit buku loghat Kedah

zulkifli

Oleh Hajidah Miharbi

SEBELUM ini Zulkifli Ismail dikenali sebagai anggota polis yang bermula daripada pangkat ASP Razlan pada 2001 dan kemudian dinaikkan pangkat menjadi Superintendan dalam drama bersiri Gerak Khas.

Kini Zulkifli yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-60 esok (26 April) bertukar kerjaya menjadi guru bahasa pula di platform TikTok (zulkifliismail01).

WhatsApp Image 2023 04 25 at 11.38.52 AM
Zulkifli Ismail kini aktif di TikTok untuk berkongsi ilmu tentang loghat Kedah. Foto: Koleksi peribadi Zulkifli

Apa yang dilakukan oleh pelakon yang aktif berlakon sejak 1986 adalah berkongsi loghat Kedah atau loghat utara dengan kira-kira 200,000 lebih pengikut di TikTok setakat ini.

Content atau kandungan TikTok yang dikongsi oleh Zulkifli bukanlah yang tidak berfaedah ataupun kontroversi tetapi lebih kepada berkongsi ilmu.

WhatsApp Image 2023 04 25 at 11.39.07 AM
Bersama isteri dan salah seorang anaknya, Zulzarif Irfan yang merupakan tulang belakang dan memberi sokongan dalam kerjaya seni

“Tujuannya saya buat content macam tu sebab  tak nak orang lupa perkataan asal atau perkataan lama. Budak-budak sekarang dah tak guna aya-ayat begitu. Saya buat tu sebab nak simpan khazanah bahasa utara.

“Setakat ini dah ada 104 episod. Selalunya content tu durasinya satu minit setengah. Sebelum buat rakaman, saya selidik dulu dan confirmkan kadang-kadang kalau saya tak berapa pasti, saya telefon adik saya dan tanya,” katanya kepada nasionalkini.my.

WhatsApp Image 2023 04 25 at 11.39.22 AM
Bersama aktor, Fahrin Ahmad ketika menjayakan drama Andai Itu Takdirnya.

Dek cintanya pada loghat Kedah, Zulkifli yang awalnya tidak aktif menggunakan TikTok sanggup belajar.

“Kadang-kadang saya suruh anak rakam, kalau dia tak ada saya guna tripod buat sendiri. Dari dulu saya rakam dan edit sendiri. Kadang-kadang saja saya minta bantuan anak, itupun kalau dia ada.

“Kebanyakan orang Kedah suka, mereka kata terima kasih sebab dapat tahu perkataan baharu. Tapi ada juga yang was-was tanya betulkah ni. Ada yang tak percaya, kata perkataan tu bunyi pelik sangat.

WhatsApp Image 2023 04 25 at 11.39.36 AM
Bersama Sabree Fadzil sewaktu majlis Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air di Royal Selangor Club, baru-baru ini.

“Kalau nak tahu, kat Kedah saja ada beberapa loghat. Apa yang saya kongsikan itu adalah loghat atau perkataan yang saya sering guna sejak dulu,” jelasnya.

Tambah Zulkifli, dia berhasrat untuk mengumpul koleksi loghat Kedah yang dikongsi di TikTok dalam bentuk buku pula.

“Insya-Allah, memang ada perancangan nak buat buku. Alhamdulillah, usaha saya itu mendapat perhatian Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Saya harap kalau buku ini dapat diterbitkan, ia dapat membantu generasi muda agar tidak lupa dengan bahasa atau loghat lama,” katanya penuh harapan. – nasionalkini.my

GempaBumi

Pantai barat Semenanjung Malaysia rasai gegaran gempa bumi di selatan Sumatera

pembenihan awan

Air empangan susut, Pulau Pinang lakukan pembenihan awan