in

Kanak-kanak cedera parah selepas terjun tingkat 26 kerana terpengaruh Tom and Jerry

terbang
Terpengaruh dengan cerita kartun, Tom and Jerry seorang kanak-kanak cedera parah selepas meniru aksi berkenaan untuk terjun dari tingkat 26 di bandar Jishou, China

BEIJING, 1 Jun – Gara-gara terpengaruh dengan cerita kartun, Tom and Jerry seorang kanak-kanak cedera parah selepas meniru aksi berkenaan untuk terjun dari tingkat 26 di bandar Jishou, China.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang berusia empat tahun dilaporkan cedera parah dan mengalami patah tangan selepas tersekat di atas pokok.

Kanak-kanak lelaki itu dikatakan melompat keluar dari tingkap  menghadap balkoni. 

Berat badannya yang ringan dikatakan menjadi faktor  ‘penyelamat’ selain pokok besar turut mengurangkan kesan terjunan tersebut.

Ketika kejadian mangsa dikatakan tinggal bersendirian di rumah selepas ibu bapanya keluar bekerja manakala nenek yang menjaga tiada di rumah kerana mengambil kakak di sekolah.

Kanak-kanak berkenaan bernasib baik selepas tersangkut di rimbunan pokok rimbun sebelum terjatuh ke tanah.

Sebelum itu, kanak-kanak itu dikatakan menonton cerita kartun, Tom and Jerry dan  membayangkan mampu terbang  dengan selamat sekiranya menggunakan payung.

Insiden berkenaan kemudian tular di media sosial menyebabkan netizen memberikan pelbagai komen. – nasionalkini.my

pisau 1 1

Elak suami jumpa anak, ibu muda tetak kepala sebelum jamah daging anak sendiri

Young Tigers antara terbaik Asia