in ,

Elak suami jumpa anak, ibu muda tetak kepala sebelum jamah daging anak sendiri

pisau 1 1
Jenayah kejam itu terbongkar selepas bapa saudara suspek menemukan cebisan daging milik anak lelaki yang berusia lima tahun.

KAHERAH, 1 Jun – Lazimnya seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja demi menyelamatkan dan membela anak sendiri.

Namun berbeza di Abu Shalabi, Mesir apabila seorang ibu muda, Hana Mohamad Hassan  tergamak bertindak luar kewarasan apabila menetak kepala anak lelakinya yang berusia lima tahun dengan sebilah parang sebelum memakan daging anaknya.

Memetik dailystar.co.uk, semuanya dilakukan kerana dendam dan cuba menafikan hak bekas suaminya untuk berjumpa dengan anak lelaki mereka.

Bagaimanapun, jenayah kejam itu terbongkar selepas bapa saudaranya menemui cebisan mayat anak lelakinya di dalam baldi di kediaman.

Dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut dan dihadapkan mahkamah jenayah dan dibicarakan  kerana melakukan pembunuhan terancang terhadap anaknya, Youssef.

Malah ketika disiasat ibu muda berusia 29 tahun  itu mengaku memotong  badan si comel berkenaan bagi  memusnahkan bukti.

Dia juga turut mengakui memasak kepala dan cebisan daging sebelum menjamahnya.

Katanya semuanya dilakukan menghalang bekas suami dikenali sebagai H. A dan keluarganya daripada berkomunikasi dengan Youssef atau mendapatkan hak lawatannya.

Terbaharu, Pendakwa Raya Mesir mengesahkan ibu muda itu tidak mengalami gangguan mental dan melakukan perbuatan tersebut ketika waras.

Menurut siasatan, Hanaa membunuh Youssef untuk Siasatan mendapati wanita itu  waras dan dia tidak mengambil sebarang ubat yang boleh menjejaskan keadaan mentalnya.

Susulan penahanan Hanaa,  polis terkejut apabila dia mengaku memakan sebahagian kepala anaknya kerana mahu dia berada di dalam tubuhnya  buat selama-lamanya. – nasionalkini.my

nafi 1

KKM nafi lakukan pemeriksaan alat kelamin pelajar IPTA

terbang

Kanak-kanak cedera parah selepas terjun tingkat 26 kerana terpengaruh Tom and Jerry